Thursday, 8 September 2011

Rumah Burung Walet 20x60x3 tgkt

salam aidilfitri dan selamat hari raya buat semua.. tawaran ini untuk sesiapa yang berminat untuk membina sebuah rumah burung walet berkeluasan 20x60x3 tgkt di Bagan Serai, Perak. Kawasan tersebut telah dibina beberapa unit rumah burung milik kaum Tionghua dan amat sesuai menjadi penempatan burung walet kerana faktor persekitaran dikelilingi ladang sawit, berhampiran tanah sawah, taliair serta laut.
Perkongsian yang dicadangkan adalah minima RM30k seorang dan jumlah keseluruhan adalah RM300k termasuk kos pajakan tanah (milik Cg Zainab - salah seorang peserta), penyediaan tapak, pembinaan, penyelenggaraan serta pengurusan keseluruhan.
Setakat hari ini 4 orang telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dan anggaran kerja-kerja awal akan dimulakan pada bulan Oktober. Projek perkongsian ini adalah projek ke-3 secara perkongsian yang telah dimajukan oleh pihak Secret Walet Resources di mana yang pertama (telah beroperasi masuk bulan ke-2) & ke-2 juga akan dibina di Bagan Serai, Perak (kampung saya - penyediaan tapak telah selesai).
Projek pembinaan rbw secara individu juga akan dibina oleh pihak saya di Semanggol, Perak pada keluasan 20x50x2 tgkt dan masih dalama proses pembinaan jalan & penyediaan tapak.

Sekiranya berminat, boleh menghubungi saya atau layari www.ibnumasri.blogspot.com.. tkasih

Friday, 12 August 2011

Secret Walet Resources (PG0282869-M)

Secret Walet Resources (PG0282869-M) mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, sebaliknya pengalaman dan penglibatan saya dalam bidang industri burung walet ini secara serius dan sepenuh masa telah menjangkau lebih dari 4 tahun. 'Sifu' atau guru saya setakat ini seramai 3 orang di samping beberapa orang sahabat/kenalan dan pemilik rumah burung yang berjaya.
Setakat ini saya telah terlibat dalam membina lebih dari 10 buah rumah burung walet di sekitar Kedah, Perak dan Kelantan. Projek terkini atau dalm pembinaan adalah di Semanggol (20 x 50 x 2 tgkt) dan Bagan Serai, Perak (20 x 60 x 2 tgkt) yang dibina secara perkongsian.
Syarikat saya menawarkan khidmat perundingan dalam pembinaan, rekabentuk dan ubahsuai bangunan, pemasangan sistem audio dan aksesori serta jualan sarang burung. Pihak saya juga menawarkan khidmat membekalkan alatan pembinaan seperti kayu meranti merah (RM2800) & meranti bukit (RM3300).

Berikut dinyatakan sebutharga bagi pembinaan rumah burung walet terkini yang ditawarkan ;
                20 x 50 x 2 tgkt        =     RM150k
                20 x 60 x 2 tgkt        =     RM180k
                20 x 60 x 3 tgkt        =     RM280k
** sebutharga ubahsuai rumah kedai setingkat, anggaran RM35k (termasuk sistem audio)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut 013-5846101 / 012-4454364 (Hisham)